Thursday, 13 November 2014

Biar Ego tinggi melangit jangan rendah menyembah Bumi

Dikeheningan pagi , aku menulis nukilan buat orang yang jauh dimata aku . Resah gelisah hati aku inginkan kau berada disamping aku :( Hanya ALLAH S.W.T saja tempat aku mengadu dan meluah rasa . Aku tersangat rindu akan dirimu . Setiap masa aku menunggu Panggilan darimu , ya aku tahu kau sedang menjalani latihan selama 6 bulan , tetapi itu tak mematahkan semangat aku untuk terus menunggu kau . Sekuat mana pun aku menunggu kau , akhirnya aku tewas jua pabila malam menjelma ketika itu air mata aku turun membasahi bumi cipta ALLAH . Hanya air mata peneman aku dikala tidur tanpa khabar darimu . Aku tak sekuat khadijah sesetia aisyah dan secerdas fatimah az-zahra untuk menanggung rasa hati ini . Aku amat memerlukan kau setiap kali aku jatuh dan setiap kali aku bangkit . Orang lain tidak memahami akan isi hati aku , mungkin aku tabah dan berkata "aku kuat aku dah besar" tapi hakikatnya hati aku rapuh serapuhnya . awak bila awak baca nukilan ini ,saya buat khas untuk awak sepanjang awak menjalani latihan (PUSASDA) . awak tetap berada disetiap doa saya :) saya tunggu awak sayang ku Nasrol syazwi . 
Pergi kerana tugas balik kerana cinta . 

# BERIMANkepada tuhan dan BERTAQWA kepadanya.
# SETIA kepada negara dan BERKORBAN demi kepentingannya tanpa mengenal menyerah.
# MEMEGANG TEGUH disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
# MENGUTAMAKAN perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
# MENYIMPAN rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Sudah terang lagi bersuluh Tentera Sedia Dikorbankan Demi Memastikan Rakyat dapat tidur lena dan bahagia. Bukan mengeluh, tetapi mengingatkan tentera juga manusia biasa punyai hati dan perasaan dan pada masa sama terpaksa mengutamakan tugas

No comments:

Post a Comment