Blog Archive
Friday, 21 November 2014
NS
kerinduan yang aku tanggung selama beberapa bulan kebelakangan ni buat aku menjadi seorang yang sentiasa bersabar dan tabah . aku tahu kau sedang berjuang . tidak adil untuk aku menghalang dan menghukum kau yang sedang mengejar cita-cita ,sedangkan aku juga sedang mengejar cita-cita aku untuk hidup senang bersama kau . aku sentiasa berda dibelakang kau wahai kekasihku , aku doakan kau dapat menamatkan latihan ketenteraan dengan sempurna . Diri ini tidak pandai bermadah pujangga dan berpuisi , cukup lah sekadar perbuatan ku terhadap kau telah menampakkan sayang dan cintanya aku terhadap kau . Jujur aku cakap aku tak kuat untuk menanggung rasa rindu dalam hati ini , kalau ikutkan hati mahu saja aku berlari mendapatkan kau di PUSASDA . ingin ku peluk dan ingin kau tahu bahawa aku amat merindukan kau dan amat menyayangi kau sepenuh hati aku . tapi apakan daya peraturan ditempat kau telah membataskan segalanya . Aku hanya mampu mendokan kau dikejauhan , nama kau selalu berada didalam doa aku selepas solatku, Aku sentiasa berdoa agar kau menjadi khalifah dan imam yang bertanggungjawab membimbing dan menyayangi aku dan bakal anak-anak aku sehingga kesyurga . Aku juga berdoa supaya ALLAH mengunci hati kau hanya untuk aku dan iklas menerima kelebihan dan kekurangan aku dan keluargaku ,semoga Allah S.W.T memakbulkan doa aku sayang :) wahai bakal suami aku Nasrol Syazwi Azhamri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment