Sunday, 23 November 2014

Doa dari hati ke hati

24-11-2014 (3:51 am)

Setiap kali aku menulis sesuatu di blog ini pasti akan timbul 1 perasaan sayu di hati , sayu aku terkenangkan dirimu . Betapa aku sangat menyayangi dan merindui mu wahai kekasih hati aku . Hanya Allah saja tempat aku mengadu rasa , menangis mengatakan hatiku rindu padamu , tiada tempat selain Nya yang memahami perasaan aku dikala teringatkan kau setiap masa . Sayang jujur aku kat sini amat merindui mu . Setiap detik setiap masa aku menunggu kepulangan kau . Aku tahu tidak sampai 2 bulan setengah lagi kau akan menjalani latihan disana . Aku menunggu kau pulang sayang . Terasa sebak dada aku bila terlihat gambar kau yang berada didalam laptop ku . Ya Allah , bila lagi kita akan bersua . tak dapat aku membayangkan hidup tanpa kau disisi aku sayang . cukuplah 6 bulan kau pergi meninggalkan aku . Aku tahu itu untuk kesenangan kau nanty ,dan sebab itu aku menahan rasa . Sayang aku tidak lupa mendoakan hubungan kita dan kesihatan kau . Nama kau akan ku sebut disetiap solat yang aku lakukan . Bila rindu aku sebut nama kau dan berharap kau dapat dengar isi hati aku . Aku berdoa agar Allah mengunci hati kau hanya untuk dan iklas menerima aku serta keluarga aku . 



#ANGIN TOLONG SAMPAIKAN RINDU SAYA KEPADA KEKASIH HATI SAYA NASROL SYAZWI AZHAMRI

Friday, 21 November 2014

NS

kerinduan yang aku tanggung selama beberapa bulan kebelakangan ni buat aku menjadi seorang yang sentiasa bersabar dan tabah . aku tahu kau sedang berjuang . tidak adil untuk aku menghalang dan menghukum kau yang sedang mengejar cita-cita ,sedangkan aku juga sedang mengejar cita-cita aku untuk hidup senang bersama kau . aku sentiasa berda dibelakang kau wahai kekasihku , aku doakan kau dapat menamatkan latihan ketenteraan dengan sempurna . Diri ini tidak pandai bermadah pujangga dan berpuisi , cukup lah sekadar perbuatan ku terhadap kau telah menampakkan sayang dan cintanya aku terhadap kau . Jujur aku cakap aku tak kuat untuk menanggung rasa rindu dalam hati ini , kalau ikutkan hati mahu saja aku berlari mendapatkan kau di PUSASDA . ingin ku peluk dan ingin kau tahu bahawa aku amat merindukan kau dan amat menyayangi kau sepenuh hati aku . tapi apakan daya peraturan ditempat kau telah membataskan segalanya . Aku hanya mampu mendokan kau dikejauhan , nama kau selalu berada didalam doa aku selepas solatku, Aku sentiasa berdoa agar kau menjadi khalifah dan imam yang bertanggungjawab membimbing dan menyayangi aku dan bakal anak-anak aku sehingga kesyurga . Aku juga berdoa supaya ALLAH mengunci hati kau hanya untuk aku dan iklas menerima kelebihan dan kekurangan aku dan keluargaku ,semoga Allah S.W.T memakbulkan doa aku sayang :) wahai bakal suami aku Nasrol Syazwi Azhamri

Thursday, 13 November 2014

Biar Ego tinggi melangit jangan rendah menyembah Bumi

Dikeheningan pagi , aku menulis nukilan buat orang yang jauh dimata aku . Resah gelisah hati aku inginkan kau berada disamping aku :( Hanya ALLAH S.W.T saja tempat aku mengadu dan meluah rasa . Aku tersangat rindu akan dirimu . Setiap masa aku menunggu Panggilan darimu , ya aku tahu kau sedang menjalani latihan selama 6 bulan , tetapi itu tak mematahkan semangat aku untuk terus menunggu kau . Sekuat mana pun aku menunggu kau , akhirnya aku tewas jua pabila malam menjelma ketika itu air mata aku turun membasahi bumi cipta ALLAH . Hanya air mata peneman aku dikala tidur tanpa khabar darimu . Aku tak sekuat khadijah sesetia aisyah dan secerdas fatimah az-zahra untuk menanggung rasa hati ini . Aku amat memerlukan kau setiap kali aku jatuh dan setiap kali aku bangkit . Orang lain tidak memahami akan isi hati aku , mungkin aku tabah dan berkata "aku kuat aku dah besar" tapi hakikatnya hati aku rapuh serapuhnya . awak bila awak baca nukilan ini ,saya buat khas untuk awak sepanjang awak menjalani latihan (PUSASDA) . awak tetap berada disetiap doa saya :) saya tunggu awak sayang ku Nasrol syazwi . 
Pergi kerana tugas balik kerana cinta . 

# BERIMANkepada tuhan dan BERTAQWA kepadanya.
# SETIA kepada negara dan BERKORBAN demi kepentingannya tanpa mengenal menyerah.
# MEMEGANG TEGUH disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
# MENGUTAMAKAN perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
# MENYIMPAN rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Sudah terang lagi bersuluh Tentera Sedia Dikorbankan Demi Memastikan Rakyat dapat tidur lena dan bahagia. Bukan mengeluh, tetapi mengingatkan tentera juga manusia biasa punyai hati dan perasaan dan pada masa sama terpaksa mengutamakan tugas

Saturday, 8 November 2014

Isi hati Seorang Kekasih

Setiap detik setiap masa aku mengharapkan Panggilan darimu walaupun aku rasa itu sangat mustahil bagi aku .Disebabkan cita-cita dan pangkat "kapten" yang engkau kejar telah mengajar aku untuk terus tabah dan meneruskan hidup aku yang sarat dengan rasa rindu terhadap engkau wahai kekasih . Aku tersangat rindu akan dirimu yang jauh dimata aku ,setiap hari aku menunggu detik tamatnya "reqruit" yang sedang kau jalani sekarang ini . Aku sentiasa berdoa agar ALLAH S.W.T kuatkan semangat  dan kuncikan hati kau hanya untuk aku dan aku juga begitu .Aku berharap suatu hari nanty kau akan datang meminang aku dan meminta aku menjadi makmun dan kau sebagai imam . Aku terima pinangan kau dan bersedia menjadi makmum seterusnya menerima kau sebagai khalifah dalam hidup aku .


Tentang Dia

10-08-2014 
Awak masih ingat tarikh ni? saya yakin awak  ingat , sebab itu tarikh awak menjalani latihan di Kem tentera Si Rusa Port Dickson , Negeri Sembilan . Sejak tarikh tu hubungan kita mula renggang , awak tak contact saya :( saya rindukan awak NS , berbulan-bulan saya tunggu awak , saya nak sangat awak contact saya . Bila semua orang bercakap pasal pasangan masing-masing , saya hanya mampu tersenyum menumpang kegembiraan orang walaupun tak tertanggung rasa rindu haty ini nk berjumpa dengan awak . saya tak tahu nak menggambarkan macam mana sunyinya hidup saya tanpa awak disisi . saya harap sihat , saya selalu berdoa agar ALLAH S.W.T. pelihara awak untuk saya , kerana say tahu hanya ALLAH yang boleh menjaga dan kepada ALLAH saja tempat saya mengadu dan meluahkan rasa :(